| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh

08 Ogos 2012 Penjara Sungai Buloh mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni yang diadakan di Perkarangan Surau Penghuni Penjara Sungai Buloh.


Timbalan Pengarah, PKP Mohamad Rosidek Bin Musa hadir meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa bersama penghuni . Turut  sama pada majlis tersebut ialah Penguasa Hamdan Salleh bin Majin, Penguasa Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar, TPP Rahim Deraman, TPP Mohd Sapudin Said,TPP Jeffry Pandal dan pegawai-pegawai kanan serta anggota yang bertugas.


Seramai  300 banduan terlibat yang telah dipilih dan diluluskan dari semua blok penempatan diberikan kesempatan bagi menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan sebagai acara tahunan Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Buloh.


Satu ceramah yang disampaikan  oleh wakil dari RICOI (Research And Information Centre On Islamic ) telah disampaikan sebelum majlis berbuka puasa dimulakan.