| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Quran Peringkat Penghuni Penjara Kajang

08 Ogos 2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433H Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Quran Peringkat Penghuni di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Timbalan  Pengarah Penjara Kajang, PKP Adnan Bin Atan, Ustaz Mohd Riduwan Bin Jamaluddin wakil dari Unit Agama IPPM,  Pegawai Lembaga Zakat Selangor yang diketuai oleh En.Khairul Azhan Bin Ahmat (Ketua Operasi Daerah Hulu Langat), Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia yang diketuai oleh Us.Ja’afar Bin Salleh, pegawai-pegawai kanan,dan kakitangan Penjara Kajang. Majlis dimulakan dengan khatam Quran,tahlil dan doa selamat, seterusnya Iftar Jamae'I, Solat Maghrib,Isyak dan Tarawih berjemaah dan berakhir dengan moreh. Dalam majlis tersebut juga telah berlangsung penyerahan kutipan zakat penghuni kepada Pegawai Lembaga Zakat Selangor.