Matomo

Majlis Berbuka Puasa Sempena Nuzul Al-Quran Peringkat Kompleks Penjara Bentong

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Berbuka Puasa Sempena Nuzul Al-Quran Peringkat Kompleks Penjara Bentong

Selasa,7 Ogos 2012, Majlis Berbuka Puasa Sempena Nuzul Al-Quran telah diadakan di Masjid Kompleks Penjara Bentong, Pahang. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional ), Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara dan Ketua-Ketua Institusi Zon Timur serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bentong.


Pengisian majlis tersebut dimulakan dengan tazkirah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd. Idris bin Daros , Penceramah Bebas Radio Pahang FM. Seterusnya pihak institusi melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan  telah menyampaikan sumbangan kepada kakitangan yang mempunyai tanggungan rawatan diri dan anak-anak  yang menelan kos perubatan yang besar. Sumbangan disampaikan oleh Y.Bhg TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara(Keselamatan & Koreksional).