13 Ogos 2012 - Presiden CUEPACS YBhg. Dato' Hj. Omar bin Osman bersama 16 orang Jawatankuasa dan ahli-ahli CUEPACS Kebangsaan dan Negeri telah hadir ke Penjara Seremban untuk menjayakan Majlis Ramah Mesra Pegawai dan Staf Penjara Seremban Bersama Presiden CUEPACS. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Hj Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia , YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan,Pengarah Dasar Kepenjaraan , TKPj Nordin bin Muhamad, Pengarah Pembangunan dan Profesionalisme, TKPj Abdul Aziz bin Mohamad , Pengarah Parol dan Komuniti, TKPj Hj Ahmad Faudzi bin Hj Awang, Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara (POA), Pengarah IPD Jelebu dan Pengarah Parol Negeri Sembilan.
|