| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Pusat Jualan Produk Penjara Negeri Sabah Dan Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Penjara Negeri Sabah

Sabtu (11 Ogos 2012), Penjara Wanita Kota Kinabalu mengadakan Majlis Perasmian Pusat Jualan Produk Penjara Negeri Sabah dan Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Penjara Negeri Sabah di Perkarangan Penjara Wanita Kota Kinabalu yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Tetamu jemputan yang hadir ke majlis tersebut iaitu Y.S. KPj. Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pengurusan),  Y.Bhg. TKPj. Dato' Mohd Sakeri Bin Hj. Dollah, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, En. Nik Ahmat Zaki Bin Nik Ismail, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, En. Ahmat Bin Mat Zin, Pengarah Bahagian Kewangan serta agensi di bawah KDN dan lain - lain agensi. Kadet koreksional penjara juga turut dijemput hadir ke majlis tersebut. Dalam majlis yang dianggarkan seramai lebih kurang 300 orang hadir, Y.Bhg. KJP Datuk Wira juga telah merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Penjara Negeri Sabah dengan simbolik penyerahan bendera kepada Pengarah-Pengarah Institusi. Majlis yang telah diadakan secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan mempromosikan produk penghuni penjara kepada masyarakat luar supaya dapat mengenali Jabatan Penjara Malaysia secara lebih dekat lagi.