| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Rahmat Ramadhan, Tadarus Al-Quran Dan Berbuka Puasa Sempena Ramadhan 1433 H/2012 M Jabatan Penjara Malaysia Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Sembrong Dan Unit Seranta Felda (Jabatan Perdana Menteri)

Ahad, 12 Ogos 2012, Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Sembrong dan Unit Seranta Felda (Jabatan Perdana Menteri) telah menganjurkan Program Rahmat Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bertempat di Penjara Kluang Johor.


Majlis ini telah berlangsung di Masjid Jamek Al-Muhaimin Penjara Kluang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Merangkap Ahli Parlimen Sembrong.


Antara tetamu yang hadir dalam program ini ialah Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Y.Bhg Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional). Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Pengarah-Pengarah Agensi KDN, Negeri Johor. Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Johor.


Pengisian program berkenaan adalah Tadarus Al-Quran, Penyampaian Cokmar kepada 29 Masjid di kawasan Parlimen Sembrong, penyampaian sumbangan kepada asnaf, ibu tunggal dan balu kakitangan Penjara Kluang, berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.