28 Ogos 2012, Seramai sembilan orang banduan telah terpilih menyertai program jalinan kasih sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 peringkat Penjara Taiping. Program yang turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Taiping PKK Shukri bin Saad telah memberi impak besar kearah usaha mengembalikan banduan kepangkuan masyarakat setelah dibebaskan melalui program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia.
|