Pada 29hb Ogos 2012 (Rabu) bersamaan 11 Syawal 1433H, telah berlangsung Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Sarawak bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Kompleks Penjara Puncak Borneo, Kuching. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Hj.Omar diiringi oleh Yang Berbahagia Komisioner Dato' Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan telah disambut oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak Yang Setia Penolong Komisioner Abd. Kadir bin Rais selain pegawai-pegawai kanan IPPM, Ketua-Ketua Institusi Zon Sarawak serta pegawai-pegawai yang lain.
|