9 September 2012 (Ahad) bertempat di Hospital Kajang kakitangan Penjara Wanita Kajang telah sama-sama mencatat nama di dalam "The Malaysia Book Of Records" di mana telah menyertai aktiviti berjalan 10,000 Langkah Merdeka Serentak Seluruh Negara. Aktiviti anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah bermula seawal jam 6.30 pagi dimana sesi pendaftaran peserta bermula. Peserta telah diberikan T-shirt, sarapan pagi, bendera dan sijil penyertaan. Perjalanan sejauh 6.5km itu telah bermula dari Hospital Kajang dan di lepaskan oleh Y.B Datuk Hj Johan Bin Abd. Aziz ADUN Semenyih.
|