Pada 7 September 2012 (Jumaat ) bersamaan 20 Syawal 1433H, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi Penjara Zon Selatan . Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Hj.Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Antara tetamu yang hadir adalah YS Komisioner Wan Abdul Rahman B Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Dan Persekutuan Negeri Johor dan wakil Kedutaan Indonesia. Majlis telah dihiburkan dengan persembahan oleh Band Sekolah Henry Gurney Telok Mas , Persembahan dari wakil kakitangan seluruh institusi Penjara Zon Selatan, cabutan bertuah, penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan dan persembahan bunga api.
|