| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malam Mesra Aidilfitri Penjara Tapah Tahun 2012

Majlis Malam Mesra Aidilfitri Penjara Tapah telah diadakan pada 13hb September 2012 (Khamis) bersamaan 26 Syawal 1433H bertempat  di Dewan Dato' Yassin Penjara Tapah, Perak.  Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat sekitar daerah Batang Padang antaranya Ketua Balai Polis Tapah, Supt Som Sak A/L Din Kliaw, dan Majistret Mahkamah Tapah, Puan Fairus Adeeba. Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri , dan masyarakat setempat.


Majlis turut dihiburkan dengan persembahan oleh Band Penjara Tapah, di samping  cabutan bertuah dan bunga api.  Pada majlis yang sama Pengarah Penjara Tapah, PKK Rosni bin Mansor dan Isteri turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak kakitangan.