Penjara Marang 10 September 2012, YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad Exco Kebajikan, Pembangunan keluarga dan Wanita Negeri telah menyempurnakan Perasmian Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dataran Setia Penjara Marang Terengganu. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah PKK Ajidin bin Hj Salleh Ketua Seksyen Pemulihan, PKP Hamzani bin Che Berahim Pengarah Penjara Marang, Ketua-Ketua Jabatan KDN Negeri Terengganu, NGO's dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat Negeri Terengganu, Kakitangan Penjara dan Parol Negeri Terengganu Pelajar UiTM Dungun serta Pelajar sekolah Pilihan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kelantan. Program dimulai dengan persembahan marhaban daripada penghuni Penjara Marang dan persembahan sketsa jenayah ragut serta jalanan oleh PDRM dan di akhiri dengan deklamasi sajak oleh kakitangan Penjara. Sesi Forum "Memasyarakatkan Penjara" menyusul dengan barisan panel terdiri daripada En. Rahim bin Mat Zain, Penjara Marang selaku moderator, Supt. Luqman bin Abd. Rahman (Ahli Panel MCPF), PP Shukri bin Harun (Pengarah Parol Negeri Terengganu), Tn. Hj Hashim bin Ismail (Pengurus Akademi The Red Warriors) dan Tn. Hj Letef bin Mohd Noor (Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Marang). Pelajar-pelajar pilihan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kelantan juga telah berkongsi pengalaman bersama tiga pelajar Sekolah Integriti Penjara Marang dalam satu sesi ceramah berasingan yang diadakan serentak. Para pengunjung juga berpeluang melihat pameran produk penjara (Penjara Marang), Parol (Parol Zon Timur) dan pameran dari agensi KDN yang lain iaitu PDRM dan AADK.
|