Pada 18 September 2012 yang lalu talah berlangsung Mesyuarat pengoperasian Pusat Koreksional Labuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional). Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan Sistem Keselamatan elektronik bersepadu (SKEB) / Laporan Keselamatan Fizikal yang telah dibentang oleh TKPj Kushairi bin Manap, Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP) dibentang oleh Encik Mat Hassan bin Mat Esa, Taklimat Pengurusan Banduan Akhir dibentang oleh KPj Hj.Abd. Wahab bin Kassim, Laporan Kewangan dibentang oleh Encik Ahmad bin Mat Zin manakala Laporan Pengoperasian Pusat Koreksional Labuan telah dibentangkan oleh TPP Muhammad Khalid bin Muhammad.
|