| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Ke Klinik Cure & Care 1 Malaysia Tampoi, Johor

Pada 28 September 2012, satu lawatan kerja ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi, Johor telah diadakan. Rombongan diketuai oleh Yang Arif Tuan Abdul Rashid Bin Haji Daud, Pengerusi Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri dan disertai oleh TKPj Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti , Jabatan Penjara Malaysia.


Rombongan turut disertai oleh Ahli-ahli Lembaga Parol, Pegawai dari Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti serta Pegawai wakil dari Bahagian NKRA, KDN.  Tuan Haji Izhar Bin Abu Talib, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan  AADK Malaysia dan En. Sidek Bin Jaafar, Pengarah AADK Negeri Johor turut hadir dalam lawatan tersebut.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Aman Bin Mustapha, Pengarah Klinik Cure & Care 1 Malaysia Tampoi, Johor diikuti dengan sesi soal jawab. Rombongan juga dibawa melawat beberapa kemudahan dan aktiviti yang terdapat di premis tersebut. Sesi lawatan tersebut telah diakhiri dengan jamuan ringan. 


Pihak Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Klinik Cure & Care 1 Malaysia Tampoi, Johor atas sambutan yang diberikan.