| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Taklimat RUU TOP Dan Isu-Isu Semasa Anjuran Pejabat YB Menteri Dalam Negeri

Pada 25 September 2012 (Rabu) bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur,  Pejabat YB Menteri Dalam Negeri telah menganjurkan  Majlis Taklimat RUU  TOP  & Isu-Isu Semasa  kepada Ahli – ahli Dewan Negara & Dewan Rakyat serta pegawai – pegawai Kanan Kemeterian Dalam Negeri.  Tetamu Kenamaan  yang hadir adalah YB  Datuk Seri Nazri  Aziz , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Wira Abu Seman b. Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berbahagia Dato' Alwi Bin Haji Ibrahim  Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri , Yang Dihormati Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar,  Timbalan Ketua Polis Negara  dan Yang Berbahagia  Datuk Wira Zulkifli Bin Omar  Ketua Pengarah Penjara Malaysia.


Pengisian majlis dimulakan dengan  taklimat berhubung  RUU Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 (Transfer of Prisoners) oleh Pengarah Bahagian Pemindahan Banduan Asing , Jabatan Penjara Malaysia. Sesi taklimat seterusnya oleh Yang Dihormati Dato' Ayub bin Yaakob  , Ketua Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman . Majlis tamat pada jam 11.00 malam.