29 Sept. Langkawi-Kementerian Dalam Negeri menganjurkan Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif KDN 2012 di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Majlis dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Sebanyak 26 pasukan telah mengambil bahagian dalam konvensyen pada tahun ini iaitu 18 pasukan kategori pengurusan dan 8 pasukan kategori teknikal. Antara Jabatan yang mengambil bahagian adalah Bahagian Parlimen dan Kabinet KDN, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
|