| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Yang Berbahagia Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Bersama Pejabat Parol Negeri Johor

Johor Bahru, 29 September 2012, Yang Berbahagia Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri telah merasmikan Program Outreach Bersama Pejabat Parol Negeri Johor bertempat di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri Negeri Johor Setia Tropika Johor Bahru. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato'  Hj. Hassan bin Sakimon, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Yg. Arif Tuan Wong Teck Meng Pengerusi Lembaga Parol 1, Yg. Arif Tuan Abdul Rashid bin Hj. Daud Pengerusi Lembaga Parol 3, Setiausaha Bahagian Urusetia Lembaga Parol KDN Encik Mohd. Razia bin Abdullah, Pengarah Penjara Reman Johor Bahru PKP Md. Din bin Mamat, Pengarah Parol Negeri Johor PP Abd Muain bin Abu Bakar , Pegawai dan Anggota Parol Negeri Johor, ODP , bekas ODP, keluarga ODP, majikan ODP dan NGO’S.


Dalam program tersebut Yang Berbahagi Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim telah mengadakan  sesi dialog dan ramah mesra dengan ODP , bekas ODP, keluarga, majikan dan NGO'S. Majlis diakhiri dengan menyampaian sijil penghargaan kepada majikan dan NGO’S terlibat dan  jamuan tengahari.