| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan Oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan

Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan telah berkenan berangkat menyempurnakan upacara perasmian Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan  pada 02 Oktober 2012 bersamaan 16 Zulkaedah 1433H. Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah disambut oleh YB Dato' Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah, Ahli Exco Negeri Kelantan mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Lee Chee Leong,Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato' Alwi Bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar,Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Exco-Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Kelantan dan Ketua-Ketua Institusi penjara. Dalam majlis yang sama, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan juga turut berkenan untuk berangkat melawat tempat pameran dan pertunjukkan Unit K9. Sesungguhnya pengoperasian Pusat Pemulihan Akhlak Machang ini menjadi satu dimensi baru di dalam sistem kepenjaraan di Malaysia ke arah mencapai visi menjadi institusi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020.

 

 


- Lagi gambar Klik sini -