Pada 28-30 September 2012, Kompleks Penjara Seberang Perai dipertanggungjawabkan selaku Ahli Jawatankuasa Pengelola dalam mengendalikan Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan Kejohanan Catur, Dart dan Karom MAKSAK Malaysia Tahun 2012 yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light Pulau Pinang. Perasmian dilaksanakan oleh YBhg. Dato' Farizan bin Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Yang DiPertua MAKSAK Negeri Pulau Pinang.
|