Pada 6 Okt 2012, Pengarah Parol Jabatan Penjara Malaysia TKPj Abdul Aziz Bin Mohamad telah mengadakan lawatan ke tempat kediaman Orang DiParol (ODP) di dalam penyeliaan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Barat Daya Pulau Pinang. Di dalam lawatan tersebut, TKPj Abdul Aziz Bin Mohamad telah beramah mesra dengan keluarga ODP disamping memberi penerangan berkaitan Sistem Parol. Dan beberapa program pemulihan luar penjara yang dilaksanakan oleh jabatan kepada Keluarga ODP dan penduduk setempat.
|