Pada tarikh 12.10.2012, Pejabat Parol Jempol telah mengadakan satu program intervensi secara outdoor ke atas ODP - ODP di bawah seliaan. Program yang dinamakan 'Program Perkhemahan Dan Intervensi Outdoor Bersama ODP' ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam di Pantai Sg. Sekawang, Port Dickson N.Sembilan. 8 anggota parol yang diketuai oleh KIP Mohd Zamri Bin Elies, Pegawai Parol Daerah, Pejabat Parol Jempol, 2 Orang Diparol, 2 orang bekas Orang Diparol serta 1 orang pekerja am pejabat turut serta dalam anjuran ini. Sebahagian anggota parol turut membawa keluarga masing-masing sepanjang 2 hari program tersebut.
|