Selasa, 16 Oktober 2012 (Surau PPI) Penjara Pusat Kota Kinabalu telah menganjurkan Kursus Fardhu Kifayah bersama 150 orang penghuni anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS). Antara pengisian yang telah dilaksanakan dalam program ini ialah adab-adab menziarahi jenazah seterusnya melaksanakan 4 perkara wajib dalam pengurusan jenazah iaitu memandikan jenazah, mengkafankan, menyembahyangkan dan sehinggalah praktikal semasa pengkebumian jenazah. Kursus ini bermula pada jam 0900 pagi dan ditangguhkan pada jam 1300 petang. Secara keseluruhannya majlis ini mendapat sambutan yang positif daripada penghuni seterusnya mereka menyatakan keyakinan mereka untuk tampil membantu masyarakat dalam hal-hal pengurusan jenazah apabila bebas nanti. 3 orang ustaz yang terlibat selaku fasilitator daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) juga menyatakan, hasil penilaian daripada praktikal pengendalian jenazah yang telah dilakukan oleh fasilitator terhadap penghuni menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana mereka boleh memahami dan mempraktikkan pengendalian jenazah mengikut garis panduan yang telah diajar dalam masa yang singkat. Secara keseluruhannnya, program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
|