Ahad, 14 Oktober 2012 bersamaan 28 Zulkaedah 1433H, Institusi Penjara Kluang telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Jabatan Penjara Malaysia Bersama Agensi-Agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Kg. Baru, Paloh dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hoo Seong Chang, Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor merangkap ADUN Paloh.
|