Kuala Terengganu, 16 Oktober 2012 - Satu sesi taklimat mengenai Pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib telah diadakan di Pejabat Biro Bantuan Guaman Negeri Terengganu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh KIP Yusri bin Ab. Kadir, Timbalan Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu dan dihadiri oleh Encik Mohd Zamri bin MD. Jail, Pengerusi Biro Bantuan Guaman Negeri serta ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Jawatankuasa tersebut berkenaan Perintah Kehadiran Wajib yang sedang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Pamplate berkenaan Perintah Kehadiran Wajib juga diedarkan diakhir majlis tersebut.
|