15 Oktober 2012, Jabatan Penjara Malaysia telah menerima lawatan daripada delegasi Fiji Correction Services yang diketuai oleh Commissioner of Fiji Correction Services Mr Ifereimi Vasu dan Supervisor Northern Division of Fiji Correction Services Mr Penisoni Tuapati. Jabatan menjadi benchmark bagi pelaksanaan model pemulihan dan latihan kepada delegasi Fiji. Ketibaan delegasi disambut oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen. Pada sebelah petanmg sesi taklimat dan soal jawab disampaikan oleh PP Delber Singh a/l Sadhu Singh diikuti perjumpaan dengan PKP Ku Nawawi Ku Hamid, Komandan Maktab Penjara.
|