| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Kek Lapis Sarawak

Kuching - Bengkel Kek Lapis Sarawak telah diadakan pada 4-6 Oktober 2012   bertempat di Kolej Komuniti Kuching, Sarawak. Bengkel ini telah dihadiri oleh 24 orang peserta terdiri daripada Pembantu Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan yang terlibat dengan bengkel kek dan pastri dari 11 Institusi penjara di seluruh negara.


Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari teknik membuat kek lapis Sarawak seterusnya dapat menambah satu lagi  produk daripada bengkel makanan. Para peserta juga telah dibawa melawat ke Dayang Salhah Food Industries Sdn. Bhd. dan diberi peluang melihat dan mencuba proses pembuatan kek yang dihasilkan secara berskala besar. 


Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man diiringi oleh YBhg. Datin Hjh. Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, Puan May Arianne, Pengerusi PERSIAP Negeri Sarawak dan Puan Hamidah binti Mohd Yunus, wakil daripada Kolej Komuniti Kuching, Sarawak.