Pada 14 Okt 2012,Ketua Pengarah Penjara Malaysia YBhg Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Desa Pahlawan. Turut hadir PKK Tan Tian Heng Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PKK Kausalya Dewi a/p Sathoo, PKK Mohd Zuki bin Mat Zin Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, PKP Hussin bin Johari Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PP Mat bin Yaacob Pengarah Parol Negeri Kelantan. Di dalam lawatan tersebut, YBhg. Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar telah diberi taklimat oleh KIP Zahid bin Jusoh PYM Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Desa Pahlawan berkaitan aktiviti harian Orang Diselia (ODS) dan Kursus-kursus yang telah diberikan kepada ODS. YBhg. Datuk Wira juga telah memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada ODS, Seterusnya melawat tempat kediaman ODS.
|