17 Oktober 2012 - Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad telah menerima lawatan daripada delegasi Fiji Correction Services yang diketuai oleh Commissioner of Fiji Correction Services Mr Ifereimi Vasu dan Supervisor Northern Division of Fiji Correction Services Mr Penisoni Tuapati. Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh PKP Mohamad Bin Ismail, Pengarah dan Pegawai Kanan. Satu sesi taklimat telah disampaikan PKP Mohamed Bin Ismail dan diikuti lawatan ke kawasan sekitar Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad terutama Kawasan Ladang Agro, Bengke, Galeri Produk Penjara dan kawasan penempatan penghuni. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari.
|