Pada 13-14 Oktober 2012, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial ( SPPS ) Universiti Malaysia Sabah iaitu melibatkan pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan Semester 3 2011/2012 ( Kumpulan 1 ) dengan kerjasama Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Bengkel Motivasi Berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) Di Sekolah Integriti Kota Kinabalu. Menurut penyelaras program yang diketuai oleh Puan Emila Rohaza binti Abdul Aziz, matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi sumbangan khidmat masyarakat kepada warga penjara khususnya kepada pelajar Sekolah Intgeriti.
|