Pada 30 Oktober 2012 bersamaan 14 Zulhijjah 1433H- Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidiladha peringkat penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Machang melibatkan seramai 10 orang tahanan dan 10 orang banduan. Majlis ini telah disempurnakan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Program Jalinan Kasih ini memberi peluang kepada keluarga dan penghuni yang terpilih untuk berjumpa secara bersemuka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menerusi pendekatan ini juga, ianya diharapkan dapat memberi sokongan dan nilai kasih sayang oleh pihak ahli keluarga di dalam memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara. Turut hadir adalah ahli-ahli Lembaga Pemeriksa, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.
|