Pada 2 November 2012 (Jumaat), Penjara Tapah telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163. Majlis penuh bermakna ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan Pengarah Penjara Tapah, Penolong Kanan Komisioner Rosni bin Mansor dan disusuli oleh nyanyian koir dan bacaan doa. Beliau turut membacakan teks ucapan Y. Bhg Dato Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat-pingat dan sijil kepada 63 orang anggota pelbagai pangkat sempena Hari Penjara. Majlis disusuli dengan upacara memusnahkan artikel rampasan.
|