| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Restu Ilmu Pelajar SPM bersama Timbalan Ketua Setiausaha KDN Di SHG Melaka

Pada 3 November 2012  Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Program Restu Ilmu dan Solat Hajat yang dirasmikan  oleh YBhg. Dato' Alwi bin Haji Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri  .Majlis ini turut dihadiri oleh TKjP Dato' Hj Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional) Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM dan Pengarah-Pengarah  Institusi .
Program ini bertujuan memberikan  satu motivasi tambahan kepada penghuni yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini agar lebih cemerlang dan sentiasa menanam semangat bersungguh-sungguh agar tahun ini akan lebih cemerlang.


Majlis dimulakan dengan Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Dhuha yang diimamkan olehTuan Ahmad Ismail Hafizul Azim  Imam Besar Masjid Selat dimana keluarga dan ibubapa penghuni turut bersama menunaikan solat hajat tersebut.


Kemuncak acara ialah ikrar dari pelajar  SPM dan restu ilmu dari para guru-guru  akademik yang sememangnya  mengharapkan segala pengorbanan dan ilmu yang diberikan dibalas dengan pencapaian keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini.