Pada 6 November 2012 (Selasa), Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163. Majlis penuh bermakna ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan Pengarah Akademi Koreksional (AKM), YS. PKK. Mohd Sabri bi Yaacob serta disusuli dengan nyanyian lagi Negaraku, Bakti Setia. Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan, ikrar jabatan serta penyampaian pingat dan sijil-sijil penghargaan kepada (30) orang kakitangan dan anggota.
|