Pada 02 November 2012, Institut Koreksional Malaysia Tanjung Kling Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Ke 163. Sambutan ini telah disempurnakan oleh Penguasa Mohd Rothman Bin Bujang, Komandan IKoM. Seramai 15 kakitangan IKoM menghadiri sambutan tersebut. Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Ke 163 turut disertai oleh 10 pekerja Zat Warisan Ent. Dalam sambutan tersebut seramai 10 kakitangan IKoM telah menerima pingat. Memenuhi aturcara sambutan, satu program pemeriksaan kesihatan dan ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azlan bin Mohd Arif dari Klinik Kesihatan Tanjung Kling.
|