Pada 6 November 2012, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163 peringkat institusi bagi tahun 2012. Majlis telah dimulakan dengan ketibaan Pengarah PPA Batu Gajah, PKP Osman bin Lehan dan seterusnya membuat pemeriksaan perbarisan 152 orang anggota dan kakitangan awam. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Bakti Setia dan PPA Batu Gajah serta bacaan Perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia oleh Pengarah PPA Batu Gajah.
|