Pada 5 Novemver 2012 Penjara Taiping telah mengadakan sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi. Sambutan telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perhimpunan pagi di perkarangan tempat letak kenderaan Penjara Taiping yang di sempurnakan oleh, Penolong Kanan Komisioner Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Taping. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia serta bacaan doa. Beliau turut membacakan teks ucapan Y. Bhg Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
|