| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor Tahun 2012

6  November 2012 (Selasa), Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor  telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163. Majlis penuh bermakna ini bermula pada jam 7.45 pagi dengan ketibaan PKP Wan Umar Bin W. Abdullah Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Beliau turut membacakan teks ucapan Y. Bhg Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan  menyampaikan pingat-pingat dan sijil kepada 33 orang anggota pelbagai pangkat sempena Hari Penjara. Majlis disusuli dengan upacara pemakaian pangkat kepada 2 Inspektor Penjara serta meraikan majlis perpisahan seorang anggota berpangkat Inspektor Penjara yang telah berpindah di Kem Gemas, Negeri Sembilan.


Pada jam 10.00 pagi, para penerima pingat dan jemputan telah menghadiri sesi ceramah kesihatan dan Program Derma Darah yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Taman Gemilang telah diadakan aktiviti sukan futsal dan badminton manakala acara tenpin bowling diadakan di Pusat Bowling Bakri Muar.