Penjara Marang 7 November 2012; Sambutan Hari Penjara Peringkat Penjara Marang telah diadakan bermula jam 8 pagi di dewan PULAPEN yang dihadiri seramai 212 kakitangan pelbagai pangkat. Dalam majlis tersebut PKP Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang telah membaca perutusan Dato Sri Ketua Pengarah Penjara Malaysia serta membuat Penganugerahan Pingat/sijil Penghargaan kepada 42 kakitangan yang dianugerahkan Pingat Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012. Dalam majlis tersebut juga, Pengarah Penjara Marang telah melancarkan Twitter Penjara Marang Terengganu. Kakitangan yang hadir pada majlis tersebut memberi sokongan dalam penggunaan amalan media masa kini.
|