Rabu (07 November 2012) Pusat Koreksional Dungun telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Yang ke-163 peringkat institusi.Majlis tersebut dimulai dengan ketibaan YS Pengarah Pusat Koreksional Dungun PKP S.Gunasegaran A/L Shammugam serta dif-dif jemputan dari pelbagai agensi/jabatan berdekatan dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta Bakti Setia.Majlis diteruskan lagi dengan Pemeriksaan baris ,bacaan ikrar dan penganugerahan pingat/sijil penghargaan oleh YS kepada 42 Anggota Pusat Koreksional Dungun serta agensi/jabatan yang hadir.Didalam majlis tersebut YS telah membaca teks ucapan Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
|