Pada 7 November 2012 ( Rabu ) Penjara Sungai Petani telah menyambut Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163 Peringkat Intitusi bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani dan telah di sempurnakan oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah, Penjara Sungai Petani. Majlis sambutan bermula jam 8.00 pagi di dahului dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Malaysia Inovatif diikuti dengan bacaan Ikrar Jabatan. PKP Mohd Muslih bin Mahmud juga telah sudi menyempurnakan pemakaian pingat dan sijil-sijil penghargaan kepada (36) kakitangan dan anggota.
|