Pada 8 November 2012 (Khamis), telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Malaysia Kali ke 163 Peringkat Institusi Penjara Wanita Kajang bertempat di Rumah Kelab Penjara Kajang. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Perkhidmatan Awam diikuti dengan bacaan ikrar yang diketui oleh KIP Hafizah Binti Abd. Hamid. Seramai 43 orang anggota pelbagai pangkat telah menerima pingat dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh PP Lim Kim Mooi, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang. Disamping itu juga, telah diadakan penyampaian anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan bagi bulan September dan Oktober 2012. Pengisian majlis diteruskan dengan ceramah intergriti yang disampaikan oleh Dr. Mohd Sukki Bin Othman dari Universiti Putra Malaysia dan pada sebelah petang telah diadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan penjara.
|