06 November 2012 ( Selasa ) Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping telah mengadakan Sambutan Hari Penjara yang ke 163 di Dataran Wisma PULAPEN. Majlis dimulakan dengan ketibaan PP Shariff b. Masri, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping diiringi oleh TPP Nordin b. Hj. Jusoh, Timbalan Komandan Pengurusan dan TPP Ismawi b. Ismail, Timbalan Komandan Latihan. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia, bacaan doa yang telah disampaikan oleh KPL Azman b. Abdul Hamid dan bacaan ikrar yang telah dipimpim oleh KIP Abdul Manaf b. Hj Abdul Malik. Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat serta sijil kepada 5 orang kakitangan iaitu KPL Zamri b. Ibrahim (Pingat Pekerti Penjara ), WP Amir Hamzah b. Mohd Najib (Pingat Perkhidmatan Am), WP Mohd Ramzie b. Marsom (Pingat Perkhidmatan Am) dan Sijil Penghargaan kepada En Rahim b. Omar dan En Mathavan a/l Shumugam. Perutusan sempena Hari Penjara oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah disampaikan oleh PP Shariff b. Masri, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping.
|