Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2012 telah diadakan pada 09 November 2012 bertempat di dataran Dewan Gemilang Penjara Limbang yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Limbang TPP Richard Robin @ Ibin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Malaysia Inovatif. Seterusnya pemeriksaan barisan, bacaan doa serta ikrar dan seterusnya membaca perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Selain itu, Timbalan Pengarah turut menyempurnakan majlis Jasamu Dikenang kepada dua orang bekas wadar Penjara Limbang dan penyampaian pingat kepada penerima Pingat Perkhidmatan Am ( 12 orang ), Pingat Perkhidmatan Setia (2 orang ), Pingat Ketua Pengarah Penjara ( Gangsa )( 1 orang ), Pingat Pekerti Penjara ( 2 orang ), Pingat Bakti Penjara ( 4 orang ), Pingat Am Penjara ( 10 orang ), Sijil Kepujian Tertinggi Lencana Merah (1 orang ), Sijil Kepujian Lencana Hijau ( 2 orang ) dan sijil Penghargaan ( 10 orang ). Sambutan Hari Jabatan Penjara di institusi ini diteruskan lagi dengan Sukaneka oleh kakitangan dan juga ahli keluarga.
|