| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang

Pada 10 November 2012 (Sabtu), Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara  telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Turut hadir ialah Y.Bhg. Datuk Hj. Shukry Bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Penyelarasan Pelaksanaan ICU, Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan.


Aturcara lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Setelah sesi taklimat, agenda lawatan diteruskan dengan lawatan ke bengkel-bengkel kemahiran dan melawat aktiviti dan pameran Unit Program Pembangunan Insan dan Unit Vokasional dan Industri di Surau Tahanan.