| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-163 Peringkat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah

Pada 3 November 2012 ( Sabtu ), Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah telah menyambut Hari Penjara ke -163 peringkat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah bertempat di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Setar. Majlis ini telah dihadiri  semua kakitangan Pejabat Parol Negeri, Daerah Kota Setar, Langkawi, Baling dan Sg. Petani. Majlis dimulai dengan Pemeriksaan Perbarisan Oleh Yang Setia PP Sabu Bin Hassan Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah. Seterusnya Pengarah Negeri membacakan Perutusan Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Hj Omar, pemakaian pingat-pingat penjara kepada kakitangan terlibat dan bagi tujuan pengisian kerohanian majlis ini turut disusuli Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat.