| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-163 Peringkat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang

06 November 2012 ( Khamis ) Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Sambutan Hari Penjara yang ke 163 di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang, Daerah Barat Daya,Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara. Majlis dimulakan dengan ketibaan PP Jamalludin bin Hassan, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang yang diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia,  bacaan doa dan bacaan ikrar yang telah dipimpim oleh KIP Daziro bin Mustafa. Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat serta sijil kepada 12 orang pegawai dan kakitangan. Perutusan sempena Hari Penjara oleh YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah disampaikan oleh PP Jamalludin bin Hassan, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang.


Pada jam 11.00 pagi, pengisian program Hari Penjara diteruskan dengan ceramah Intergriti dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada sebelah petangnya pula telah diadakan Pertandingan Boling di Penang Bowl, Georgetown.