14 November 2012, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan perjumpaan bersemuka sempena Hari Deepavali dan melibatkan seramai 14 orang penghuni dan bersama ahli keluarga. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKP Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Majlis dihiburkan dengan nyayian dan bacaan sajak oleh penghuni. Penghuni juga turut membaca 'Akujanji Penghuni' dan menerima pula 'Ucapan Restu' daripada keluarga.
|