Khamis, 15 November 2012. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H bersamaan 2012 M.Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 H bersamaan 2012M telah diadakan Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Jabatan Penjara Malaysia turut serta di dalam majlis tersebut di mana seramai 30 orang pegawai dan kakitangan turut terlibat. Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y.Bhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar dan Y. Bhg. Datin Sri Hajjah Noraini binti Hj. Man adalah antara Ketua Jabatan yang hadir bersama. Majlis ini disempurnakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.
|