16-17 November 2012, Penjara Reman Pulau Pinang telah diberi mandat sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012 yang diadakan di Stadium Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Perasmian pembukaan kejohanan telah dilakukan oleh PKK Kamarudzaman bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai pada 16 November 2012. Majlis perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada 17 November 2012. Buat kali ke tiga, Penjara Negeri Sabah sekali lagi telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Edisi Ke-3 ini. Johan bagi acara Tarik Tali Wanita dimenangi oleh Sekolah Henry Gurney Teluk Mas manakala Penjara Sungai Buloh memenangi Johan bagi kategori lelaki. Anugerah Olahragawati Kejohanan Olahraga Penjara Malaysia bagi Tahun 2012 disandang oleh WP Zura bt Omar, dari Penjara Sungai Petani manakala Olahragawan pula disandang oleh WP Tanakendiran a/l Sumudam dari Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP) Taiping. Sebanyak empat rekod baru kejohanan telah telah berjaya dicipta pada kejohanan kali ini.
|