Pada 14 November 2012 (Rabu), Penjara Wanita Kajang telah menerima lawatan kerja dari 31 orang pegawai pelbagai pangkat yang diketuai oleh J/SSUPT Ignacio Sarabia Panti. Rombongan dibawa melawat dan diberi taklimat oleh IP Nur Laili Bt Mohd Shaari. Rombongan membuat lawatan ke bengkel-bengkel dan berakhir dengan makan tengahari bersama-sama PP Lim Kim Mooi, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang.
|